.

Thursday, October 20, 2016

Bersebab


Allah letakkan kau dekat sesuatu tempat tu ada sebab.

Contohnya, bukan saja-saja Allah letakkan kau dari Gambang terus ke Petaling Jaya.
Walaupun pada mulanya kau begitu berat untuk menerima, melepaskan apa yang kau dah selesa.

Apa yang kau dapat lihat bila kau berada di PJ?

Kau lihat dan buka mata sendiri kondisi lecturer yang dah lama berkahwin, tapi tidak dikurniakan zuriat. 
Kau lihat sendiri saat lecturer kau bercerita, kesedihannya dan cara lecturer kau kawal.

Waktu kelas terakhir:

“Madam tak mintak banyak, tapi satu je madam mintak, dan madam tahu awak tahu apa yang madam mintak. 
Tolong doakan ya”

Sebak. 

Kau saksi sendiri lecturer kau yang belum berkahwin, dan bagaimana perlu menghadap pandangan insan-insan 
lain disekeliling.

Kau menyaksikan sendiri lecturer kau sebagai ibu tunggal yang baru kehilangan suami, betapa tabahnya lecturer itu. 
Jujur, sayu hati ini saat membaca luahan hati lecturer itu di facebook akan rindunya yang menggunung pada 
suaminya dan besar harapannya supaya dapat bersama dengan suaminya disyurga.

Allah, peliharalah orang-orang disekelilingku. 
Peliharalah lecturer-lecturer ku yang pernah mengajarku dairi gambang ke pj.
Kurniakanlah mereka ketabahan, kesabaran, kebahagian
Kurniakanlah mereka rezeki yang melimpah ruah.

Kutitipkan doa buat yang tersayang.

Kamu, insan yang aku sayang.



031016 6:31pm

Nota Buat Diri


Buat diri, 

Sedarlah, suatu tika kau pasti akan diuji.

Diuji dengan penuh kasih sayang dari Allah.
Ujian datang bukan untuk melemahkan engkau tapi untuk menjadikan kau lebih baik.
 
Sekiranya kau berada di comfort zone, kau takkan dapat apa-apa yang baru.

Diam, fikir sejenak, apa yang kau dah tempuhi sepanjang kau hidup. 
Tanpa semua yang kau anggap ujian yang kau tak boleh hadapi itu, kau takkan boleh berada sampai tahap sekarang.

Kisah para anbiya, Para anbiya diuji. Allah tak letakkan mereka di comfort zone mereka. 
Allah, cantik sungguh perancangan Allah.

Buat diri,

Berhijrahlah. 
Berhijrahlah ke arah yang lebih baik.




031016 5:57pm PetalingJaya

Friday, September 9, 2016

Mohon, diri mohon



Tahu kau penant

Tahu kau letih


Tahu

Tahu


kau nak tahu satu perkara?

Dia nampak. Dia tahu segalanya walhal terdetik saja di hati kau.




Dia tengok effort kau.

Kau berusahakan?
Kau kuatkan diri kan?


Percayalah diri,
ujian datang tanda Dia sayang pada kau.

Jadilah kuat

Jadilah perisai


Mohon, diri mohon



gambar : ihsan: fb kak sya. 

Mohon

Kau cakap kau penat
Kau cakap kau tak nak ulang

Tapi, kau jatuh lubang yang sama
Acap kali
countless
infinity


You're mad with yourself
You want to cry aloud

Sedar,
Diri tolong sedar
Kau sebenarnya dah penat sangat sangat


Mohon tangkap hidayah itu
genggam erat- erat,
jangan bagi dia pergi..


Aku mohon.....

saat disapa hidayah Dia, genggamlah erat.



trust me, that this is virus that cause Polio. Since, I'm doing my research about vaccines, and I''m too lazy to google any picture, so, here we are. please bear with me :p

Dengar


Assalamualaikum w.b.t


Ada suatu tika, kau kena belajar untuk berlapang dada,
Kau kena tutp mulut dan dengar apa yang ingin dikatakan orang lain
Cukup sekadar kau menjadi pendengar setia

Kau utarakan rasa kau saat dia bertanya.
Cukup.