.

Wednesday, April 22, 2015

Pengalaman interview SPC Yayasan Pahang

Assalamualaikum.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Alhamdulillah diberi peluang untuk menghadiri interview SPC (Skim Pelajar Cemerlang) tajaan Yayasan Pahang.

gambar tiada kena mengena tapi nak juga bubuh ;)


Interview bertarikh 17hb April 2015

Macam biasa kan,sebelum pergi interview,mesti google dulu pengalaman-pengalaman orang yang dah  pernah pergi interview kan....

sebelum ni untuk pengalaman interview jpa mara bila google je,alhamdulillah banyak.
Tapi kali ni bila aku google pasal SPC Yayasan Pahang jumpa satu je. Tapi Alhamdulillah la kan :)

Untuk tahun ni,macam biasa interview di komples Yayasan Pahang bertempat di Tanjung Lumpur,Kuantan.

Sebelum sesi interview,kitaorang peserta seramai 23orang dihidangkan dengan kuih muih,kira minum petang la.

Majoriti yang aku jumpa sewaktu SPC,pernah interview sama dekat JPA MARA.. Jadi kira macam cepat je rapat sebab dah kenal masa iv haritu.

Jadi,Kami semua diiring menaiki tingkat 5 ke bilik temuduga.


Masuk secara 3 orang dan interview secara individu .Maknanya,dia tanya soalan  bergilir la.


Aku termasuk dalam kumpulan ke 4 untuk sesi interview individu tu.

Soalan yang ditanya:

Why u choose Pharmacy?(sebab aku pilih farmasi..)
Why u deserve this scholarship?
Why u choose UIA?



Jadi,yang aku boleh cakap,persedian untuk soalan tu lebih kepada pengetahuan tentang bidang yang korang pilih,kenapa minat bidang tu . Soalan dia macam interview yang mungkin korang dah biasa buat mock interview..

Dan untuk pengetahuan,interviewers tu terdiri daripada 4 panel yang terdiri daripada wakil Yayasan Pahang(orang besar) dan dua Prof dari UIA sendiri.. 1 panel lagi kira mcam pembantu.


Sewaktu interview tu,kan memang diminta untuk sediakan sijil ori,namun haritu semua peserta punya file interviewers tak tengok pun.terletak comel je di atas meja.

Tapi tak pe,penting sebenarnya bawak semua tu,resume dan sebagainya menunjukkan kesungguhan kita.

Haa untuk bahasa pulak,satu panel menggunakan bahasa melayu,lagi 2 menggunakan bahasa inggeris.Jadi,korang gunakan bahasa yang sama mengikuti panel tu.


Keputusan untuk SPC Yayasa Pahang tak keluar lagi,In sha Allah moga Allah permudahkan... Amin...


Untuk sebarang pertanyaan,boleh kemukakan di ruangan komen,in sha Allah akan diusahakan.

Tuesday, April 14, 2015

Surat untuk Adik



Assalamualaikum :)

Alhamdulillah
Subhanallah
Allahuakbar


Hari ini terpanggil untuk berkongsi satu surat yang bagi aku sendiri,tiap kali membacanya,berjaya mengalirkan air mata.

Surat untuk adik.......











Maaf la ye,kalau macam susah nak faham.Tulisan tangan dari NSMA.

Namun,bagi aku sendiri,ni part yang paling penting :







Ketahuilah Dia ada bersama kita :')

Terima kasih kakak............

Friday, April 10, 2015

Tips cemerlang SPM

Assalamualaikum...

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar




"Kak Hannan,boleh tak Kak Hannan kongsikan kepada kami rahsia akak untuk SPM?"Bulat mata Aisyah memandang Hannan. Mereka sedang rehat daripada latihan bahas.Hannan ikut serta untuk membantu juniornya dalam pertandingan bahas peringkat negeri.

"Kalau bagi akak,3 frasa yang akak boleh kongsikan....

1)Gigih berusaha
2)Ujian ataupun dugaan bukan halangan untuk berjaya
3)Motivasi diri

.................." Hannan tersenyum memandang Aisyah.

---------------------------------------------------------------------

Gigih berusaha bererti memaksimumkan kerja keras dalam setiap yang dilakukan.

Sesungguhnya Allah Swt pernah berfirman dalam surah Ar-Rad,ayat 11:


"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak merubahnya"


Nasihat akak buat adik adik,berusahalah dari setiap aspek.Pelajaran.. untuk setiap mata pelajaran.Korbankan masa kesenangan adik adik yang dulunya banyak terluang dengan waktu yang tidak perlu dan sebagainya.


Ingatlah satu perkara.
Kejayaan tidak datang secara bergolek.

Kejayaan tidak dapat dicipta sekiranya kamu sendiri tidak berubah.


Akak yakin kamu mampu lakukan...


Adik perlu bijak mengetahui apa yang perlu,apa yang tidak.

Sebagai contoh,sewaktu zaman akak,akak sendiri tubuhkan group whatsapp untuk setiap subjek yang mana disertai oleh semua rakan kelas akak dan guru mata pelajaran.

Sebarang pertanyaan berkaitan soalan yang tidak diketahui,ataupun task,semuanya boleh ditanya secara langsung dengan cikgu.


Masa akak juga,akak suka download nota ataupun apps daripada scribd dan play store.(manfaatkan android adik-adik)

Rasionalnya,waktu akak sedang bercuti,ataupun keluar makan dengan keluarga akak,disamping merehatkan minda,berbual dengan keluarga,akak simpankan sedikit masa untuk menelaah nota secara santai dan kalau waktu menghampiri peperikasaan menelaah secara serius.hehe.

Jadi,bagi pendapat akak, aplikasi sosial tu memang bagus sekiranya dimanfaatkan(whatsapp)
Tapi,bagi akak,akak tak sarankan adik-adik install Instagram di android adik-adik kerana Instagram punya addiction sangat bahaya.*menangis* sebab akak sendiri waktu lampau sedar tidak sedar habiskan masa selama 2 jam menghadap instagram je.

Jadi,bila akak tahu kesalahan akak,

akak uninstalled instagram.

Bersabarlah ya.. nanti habis Spm baru install balik (sabar itu memang pahit tapi buahnya manis ;) )

Akak nak kongsikan banyak lagi,tapi nak kongsikan tak boleh kongsikan semuanya sekaligus, adik -adik hadam satu satu dulu ye:)

In sha Allah akak akan kupaskan banyak lagi rahsia akak dan ilmu yang akak tahu

nah hadiah

.
.

ps: subsitute you with i ;)

Tuesday, April 7, 2015

Cerpen Hannan


Mata Hannan berair.Bibirnya diketap perlahan.Suara abang disebelahnya di dalam kereta viva hitam itu bagaikan tidak kedengaran.Mata sengaja tidak ditala ke arah abangnya.Gusar Abang mengetahui isi hatinya.Gusar abang melihat untaian air matanya yang berebut rebut ingin jatuh.

"Nah ambil duit ni.Nanti suruh akak pergi Secret Recipe.Adik suka makan kek carrot kan?

Not 50 dan not 10 beberapa keping bertukar tangan.Tangan abangnya digapai dan di salam.

"Bye bye abang.... " Hannan tersenyum nipis.
Langkahnya diayunkan laju ke arah dewan.Sebentar nanti,seminar subjek sejarah oleh guru jemputan.

Beg hitamnya diletakkan ditempat duduk.Tangan Aina segera ditarik perlahan.

"Ikut aku sekejap Aina..."


-----------------------------------------------------------------------------
Mak ayah Hannan bakal mengerjakan ibadah Haji.Alhamdulillah,diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah Haji buat kali ke 2.

Hadiah(ujian) buat Hannan kali ini adalah untuk duduk dirumah berdua bersama kakaknya sahaja.Sepanjang tempoh mak dan ayah Hannan mengerjakan ibadah Haji.

-------------------------------------------------------------------------------

"Aku dah cakap kat diri aku jangan menangis.Tapi aku rasa tak kuat.Aku nak menangis jugak"
Esakan perlahan Hannan kedengaran.

"Tak pe Hannan,nangislah kalau itu boleh buat kau lega" Belakang Hannan diusap perlahan.


-----------------------------------------------------------------------------

Kehidupan Hannan bersama kakaknya,Hani masih berjalan seperti biasa.Hannan bertuah kerana setiap pagi,dia hanya perlu menaiki kereta guru di sekolah yang sama dengannya untuk ke sekolah.Di sebelah petang pula,Hannan menumpang kereta Aina untuk pulang ke rumah.

------------------------------------------------------------------------------


"Sebelum ni adik duduk berdua dengan kakak.Nanti adik duduk sorang sorang ye kak?" Hannan bersuara perlahan.Terasa air takungannya hampir pecah.Dia sendiri tidak faham sejak kebelakangan ini,empangan air mata dia kerap sangat ingin pecah.

"Nak buat macam mana dik.Akak pun kena belajar kan? Akak tak dapat first intake untuk upu.Alhamdulillah akak dapat second intake.. Walapupun jauh.. Sarawak" Hani bersuara.Tanggannya lincah melipat kain.


"Dah jangan menangis.Akak pun berat nak tinggalkan adik sorang sorang.Adik kena kuat.Keluarga kita tak ramai" Hani bersuara lagi.


Hani melangkah ke dapur.Memasak.Pilu dihati entah siapa yang tahu.Siapa yang tidak sayangkan darah daging.Bermacam cara difikirkan perihal adiknya.Dia tahu,adiknya bakal menduduki peperiksaan Spm.Dia sempat duduk bersama adiknya selama satu minggu sahaja.


"Adik nak peluk akak......." Hannan tersenyum. dia duduk disofa.Hani menghampiri.Segera pinggang akaknya digapai dan dipeluk.

"Nanti adik rindu nak peluk pinggang akak macam ni"Hannan cuba berjenaka.

"Mengada...." bersahaja Hani membalasnya.

-----------------------------------------------------------------

Masa berlalu.Tiba detik Hani meninggalkan adiknya.

Hannan bersiap siap untuk ke sekolah. Pelukan pagi itu antara Hannan dan Hani cukup kemas.Buat pertama kali,Hani juga turut menangis bersama adiknya.Selalunya,Hani sedaya upaya tidak menangis dihadapan sesiapa.

"Kakak.........."Hanya itu yang terluah dimulut Hannan

"Adik belajar rajin-rajin ye.Dah,tengok sampai akak pun nangis sekali.Haha.Dah,cikgu Shuhada dah tunggu adik tu" Hani menunjuk kearah Cikgu Shuhada yang sudah mula memanaskan enjin kereta kancil.


Hannan mengangguk.Air matanya diseka dengan baju kurung biru pengawasnya.

"Akak,mata adik merah tak?"

"Adik pergi basuh muka dulu"


 -----------------------------------------------------------


Bismillahirahmanirahim..Kunci dipulas perlahan.Hannan melangkah dengan kaki kanan.Sepi.Dia terasa kosong.

"Kakak dah tak de dengan adik............." Air mata Hanna berjurai lagi.

Matanya terpaku di hadapan peti,





Pintu peti dibuka..

Bekas secret recipe digapai..







Hannan menangis lagi.Kakinya dibawa ke bilik.. Dan sekali lagi dia terpaku di belakang pintu biliknya.






Subhanallah...
Alhamdulillah.....

"Kakak......................"Hanya itu yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya.

Monday, April 6, 2015

Panggilan Allah



Assalamualaikum w.b.t




"Saya nak awak berhenti apa yang awak buat sekarang" tegas suara Haizul.

"Apa yang awak cakap ni?Saya tak faham.Apa yang saya dah buat?" Aina tercengang.Terlepas telefon bimbit ditangannya.

"Saya malas nak cakap.Awak tahu kan dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah ialah perbuatan syirik" Semakin tegas suara Haizul.

Air mata aina tidak tertahan.

Ya Allah ujian apalah yang menimpa ku ini Ya Allah...
Peritnya tuduhan itu Ya Allah.....


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ujian.Saya yakin setiap insan akan diuji.Diuji dengan berbagai cara.

Ada orang diuji dengan sakit.
Ada orang diuji dengan kesusahan hidup
Ada juga orang diuji dengan kemewahan

Meskipun berbagai ujian yang ditimpa....

Ada dua cara..

Ada dua solusi....

1)Sama ada pilih untuk kembali pada Allah
2)Atau pilih untuk terus dibelenggu kesedihan,mempersoalkan dan menyendiri


 Namun,satu perkara yang perlu kita sedari.Menyendiri ketika ditimpa ujian bukanlah satu pilihan yang terbaik.Kerana sedar aku tidak,ketika kita menyendiri dan berada dalam keadaan sedih,kita lebih mudah dihasut syaitan.Yang paling bimbnag,sekiranya kita menyalahkan takdir.

Kerana sebenarnya kita harus hadam rukun iman yang keenam,

percaya kepada qada dan qadar

percaya pada ketentuan Allah...


-----------------------------------------------------------------------------------------

"Kau tak faham aku... Bukan kau yang rasa... Aku yang rasa.." Aina menjerit sambil menangis kearah Hannan

"Nur Aina.. Ye aku memang tak faham.Tapi kau jangan lupa Allah ada.Dia takkan menguji hambanya  melebihi kemampuan hambanya" Lembut suara Hannan menyapa telinga Aina.

"Kau cakap senang la.. Aku yang rasa Hannan... " Suara Aina sudah berlembut.Mukanya murung.


--------------------------------------------------------------------------------------------

Sedar atau tidak,kita adalah Hambanya.Kita berhak diuji.Kerana hakikatnya,dunia ini hanyalah sementara.

Dunia ini hanya tempat persinggahan.



Kalau biasa kita menerima panggilan daripada ibu ayah melalui telefon.
Kita menerima berita daripada rakan kita melalui aplikasi whatsapp dan sebagainya

Namun,panggilan Allah adalah melalui ujian.

Trials and Tribulation

 Ucapkanlah Alhamdulillah saat diuji

Dan fahamilah kembali tujuan kita hidup dimuka bumi ini.

Tenanglah... Moga Allah redha.