.

Tuesday, April 7, 2015

Cerpen Hannan


Mata Hannan berair.Bibirnya diketap perlahan.Suara abang disebelahnya di dalam kereta viva hitam itu bagaikan tidak kedengaran.Mata sengaja tidak ditala ke arah abangnya.Gusar Abang mengetahui isi hatinya.Gusar abang melihat untaian air matanya yang berebut rebut ingin jatuh.

"Nah ambil duit ni.Nanti suruh akak pergi Secret Recipe.Adik suka makan kek carrot kan?

Not 50 dan not 10 beberapa keping bertukar tangan.Tangan abangnya digapai dan di salam.

"Bye bye abang.... " Hannan tersenyum nipis.
Langkahnya diayunkan laju ke arah dewan.Sebentar nanti,seminar subjek sejarah oleh guru jemputan.

Beg hitamnya diletakkan ditempat duduk.Tangan Aina segera ditarik perlahan.

"Ikut aku sekejap Aina..."


-----------------------------------------------------------------------------
Mak ayah Hannan bakal mengerjakan ibadah Haji.Alhamdulillah,diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah Haji buat kali ke 2.

Hadiah(ujian) buat Hannan kali ini adalah untuk duduk dirumah berdua bersama kakaknya sahaja.Sepanjang tempoh mak dan ayah Hannan mengerjakan ibadah Haji.

-------------------------------------------------------------------------------

"Aku dah cakap kat diri aku jangan menangis.Tapi aku rasa tak kuat.Aku nak menangis jugak"
Esakan perlahan Hannan kedengaran.

"Tak pe Hannan,nangislah kalau itu boleh buat kau lega" Belakang Hannan diusap perlahan.


-----------------------------------------------------------------------------

Kehidupan Hannan bersama kakaknya,Hani masih berjalan seperti biasa.Hannan bertuah kerana setiap pagi,dia hanya perlu menaiki kereta guru di sekolah yang sama dengannya untuk ke sekolah.Di sebelah petang pula,Hannan menumpang kereta Aina untuk pulang ke rumah.

------------------------------------------------------------------------------


"Sebelum ni adik duduk berdua dengan kakak.Nanti adik duduk sorang sorang ye kak?" Hannan bersuara perlahan.Terasa air takungannya hampir pecah.Dia sendiri tidak faham sejak kebelakangan ini,empangan air mata dia kerap sangat ingin pecah.

"Nak buat macam mana dik.Akak pun kena belajar kan? Akak tak dapat first intake untuk upu.Alhamdulillah akak dapat second intake.. Walapupun jauh.. Sarawak" Hani bersuara.Tanggannya lincah melipat kain.


"Dah jangan menangis.Akak pun berat nak tinggalkan adik sorang sorang.Adik kena kuat.Keluarga kita tak ramai" Hani bersuara lagi.


Hani melangkah ke dapur.Memasak.Pilu dihati entah siapa yang tahu.Siapa yang tidak sayangkan darah daging.Bermacam cara difikirkan perihal adiknya.Dia tahu,adiknya bakal menduduki peperiksaan Spm.Dia sempat duduk bersama adiknya selama satu minggu sahaja.


"Adik nak peluk akak......." Hannan tersenyum. dia duduk disofa.Hani menghampiri.Segera pinggang akaknya digapai dan dipeluk.

"Nanti adik rindu nak peluk pinggang akak macam ni"Hannan cuba berjenaka.

"Mengada...." bersahaja Hani membalasnya.

-----------------------------------------------------------------

Masa berlalu.Tiba detik Hani meninggalkan adiknya.

Hannan bersiap siap untuk ke sekolah. Pelukan pagi itu antara Hannan dan Hani cukup kemas.Buat pertama kali,Hani juga turut menangis bersama adiknya.Selalunya,Hani sedaya upaya tidak menangis dihadapan sesiapa.

"Kakak.........."Hanya itu yang terluah dimulut Hannan

"Adik belajar rajin-rajin ye.Dah,tengok sampai akak pun nangis sekali.Haha.Dah,cikgu Shuhada dah tunggu adik tu" Hani menunjuk kearah Cikgu Shuhada yang sudah mula memanaskan enjin kereta kancil.


Hannan mengangguk.Air matanya diseka dengan baju kurung biru pengawasnya.

"Akak,mata adik merah tak?"

"Adik pergi basuh muka dulu"


 -----------------------------------------------------------


Bismillahirahmanirahim..Kunci dipulas perlahan.Hannan melangkah dengan kaki kanan.Sepi.Dia terasa kosong.

"Kakak dah tak de dengan adik............." Air mata Hanna berjurai lagi.

Matanya terpaku di hadapan peti,





Pintu peti dibuka..

Bekas secret recipe digapai..







Hannan menangis lagi.Kakinya dibawa ke bilik.. Dan sekali lagi dia terpaku di belakang pintu biliknya.






Subhanallah...
Alhamdulillah.....

"Kakak......................"Hanya itu yang mampu dikeluarkan daripada mulutnya.

No comments:

Post a Comment