Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

"Kak Hannan,boleh tak Kak Hannan kongsikan kepada kami rahsia akak untuk SPM?"Bulat mata Aisyah memandang Hannan. Mereka sedang rehat daripada latihan bahas.Hannan ikut serta untuk membantu juniornya dalam pertandingan bahas peringkat negeri.
"Kalau bagi akak,3 frasa yang akak boleh kongsikan....
1)Gigih berusaha
2)Ujian ataupun dugaan bukan halangan untuk berjaya
3)Motivasi diri
.................." Hannan tersenyum memandang Aisyah.
---------------------------------------------------------------------
Gigih berusaha bererti memaksimumkan kerja keras dalam setiap yang dilakukan.
Sesungguhnya Allah Swt pernah berfirman dalam surah Ar-Rad,ayat 11:
"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak merubahnya"
Nasihat akak buat adik adik,berusahalah dari setiap aspek.Pelajaran.. untuk setiap mata pelajaran.Korbankan masa kesenangan adik adik yang dulunya banyak terluang dengan waktu yang tidak perlu dan sebagainya.
Ingatlah satu perkara.
Kejayaan tidak datang secara bergolek.
Kejayaan tidak dapat dicipta sekiranya kamu sendiri tidak berubah.
Akak yakin kamu mampu lakukan...
Adik perlu bijak mengetahui apa yang perlu,apa yang tidak.
Sebagai contoh,sewaktu zaman akak,akak sendiri tubuhkan group whatsapp untuk setiap subjek yang mana disertai oleh semua rakan kelas akak dan guru mata pelajaran.
Sebarang pertanyaan berkaitan soalan yang tidak diketahui,ataupun task,semuanya boleh ditanya secara langsung dengan cikgu.
Masa akak juga,akak suka download nota ataupun apps daripada scribd dan play store.(manfaatkan android adik-adik)
Rasionalnya,waktu akak sedang bercuti,ataupun keluar makan dengan keluarga akak,disamping merehatkan minda,berbual dengan keluarga,akak simpankan sedikit masa untuk menelaah nota secara santai dan kalau waktu menghampiri peperikasaan menelaah secara serius.hehe.
Jadi,bagi pendapat akak, aplikasi sosial tu memang bagus sekiranya dimanfaatkan(whatsapp)
Tapi,bagi akak,akak tak sarankan adik-adik install Instagram di android adik-adik kerana Instagram punya addiction sangat bahaya.*menangis* sebab akak sendiri waktu lampau sedar tidak sedar habiskan masa selama 2 jam menghadap instagram je.
Jadi,bila akak tahu kesalahan akak,
akak uninstalled instagram.
Bersabarlah ya.. nanti habis Spm baru install balik (sabar itu memang pahit tapi buahnya manis ;) )
Akak nak kongsikan banyak lagi,tapi nak kongsikan tak boleh kongsikan semuanya sekaligus, adik -adik hadam satu satu dulu ye:)
In sha Allah akak akan kupaskan banyak lagi rahsia akak dan ilmu yang akak tahu
nah hadiah
.
.
ps: subsitute you with i ;)

No comments:
Post a Comment